Saturday 7 May 2011


TALAM SAGO
Resepi kueh talam selenggaran Noorshawati Che Razali dari abad 21
Sumber : Kak Anim dan Mas
Lapisan bawah
2 cawan santan cair
1 cawan sagu-cuci dan rendam sebentar
1/2-1 cawan gula pasir-akak letak 1 cawan
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya

Cara membuat

Sapu acuan dengan minyak dahulu
Gaulkan semua bahan hingga sebati
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min
Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu
Letak adunan lapisan atas


Lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

Cara membuat

Gaulkan semua bahan supaya rata
Tapiskan ke dalam kuali tak lekat(non stick pan) dan kacau sebentar atas api
Apabila nampak pekat tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus lagi lagi selama 20 minit

Cara ita
 
Lapisan Hijau

1 cawan santan cair
1/2 cawan sagu hijau - cuci dan rendam sebentar - toskan
1/2 cawan gula pasir
garam secukup rasa
1/2 sudu teh - pandan emulco

Gaulkan semua bahan. Masak atas api hinga nak pekat tapi jangan sampai pekat nanti susah nak tuang dalam loyang. Kemudian kukus selama 20 minit.

Lapisan Merah

1 cawan santan cair
1/2 cawan sagu merah - cuci dan rendam sebentar - toskan
1/2 cawan gula pasir
garam secukup rasa

Gaul semuabahan. Masak atas api hingga nak pekat tapi jangan sampai pekat. Kemudian tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus semula selama 20 minit.
Kemudian tuangkan pula lapisan putih, dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Biarkan kuih ni benar2 sejuk baru dipotong. Kerana kuih ni sangat lembut. Boleh juga di buat dalam acuan kecil.

No comments:

Post a Comment